Lawatan Sambil Belajar TABIKA KEMAS Kg Nangar Daro
12 November 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 11 November 2016, Pusat Internet Daro telah menerima lawatan sambil belajar daripada TABIKA KEMAS Kg Nangar Daro. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan tentang komputer dan teknologi maklumat kepada kanak-kanak. Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat yang paling mudah terpengaruh dengan perubahan teknologi masa kini maka melalui lawatan ini merupakan kesempatan dan peluang terbaik daripada pihak PI menyampai dan menyebarkan ilmu pengetahuan mengenai internet melalui ceramah KDB dan Advokasi.
Selain memberi pengenalan mengenai fungsi dan kepentingan PI kepada komuniti, keselamatan dan adab semasa di atas talian melalui KDB dan Advokasi, mereka juga diperkenalkan dengan hiburan berunsurkan pendidikan yang boleh dilayari melalui laman Uptoten.com. Menerusi laman web Uptoten.com, pelbagai aktiviti menarik boleh dimainkan dan dipelajari yang kebanyakannya berunsur pendidikan dan ianya dikhususnya untuk kanak-kanak di bawah peringkat umur 10 tahun.
Lawatan sambil belajar ini telah dihadiri oleh seramai 26 orang yang merupakan kanak-kanak TABIKA KEMAS dari Kampung Nangar, Daro dan juga Pemaju Masyarakat (PM) TABIKA terbabit.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: